Wakil Tunggal Malaysia, Filem ‘Abang Adik’ Bakal Ke Anugerah Oscar

Entertainment
6 Oct 2024 • 11:54 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Anugerah tertinggi industri perfileman, Anugerah Oscar bakal kembali dengan edisi ke-97 tahun hadapan. Acara yang gilang-gemilang itu meraikan semua yang berkenaan filem sepanjang tahun ini di peringkat dunia.

image is not available

Untuk edisi yang ke-97 ini, Malaysia bakal menghantar filem ‘Abang Adik’ untuk mewakili negara. Filem tersebut dipilih bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Memetik laporan Kosmo!, karya Jin Ong itu dipilih selepas beberapa siri penilaian Jawatankuasa Pemilihan Filem FINAS (JKPF) yang terdiri daripada barisan juri profesional dalam bidang perfileman dan pematuhan syarat penyertaan yang telah ditetapkan oleh pihak Oscar.

Filem ‘Abang Adik’ terus melakar sejarah dipilih ke Oscar selepas melakar pencapaian tertinggi di Anugerah Filem Terbaik, Festival Filem Asia New York (Uncaged Competition ke-22) dan meraih Anugerah Golden Mulberry di Black Dragon Critics Award serta Anugerah White Mulberry untuk Filem Cereka Terbaik di Far East Film Festival ke-25 yang diadakan di Udine, Itali.

image is not available

Filem ini juga mencatatkan sejarah tersendiri dalam industri filem tempatan selepas berjaya meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Malaysia Global Golden Awards (MGGA) 2024.

‘Abang Adik’ mengisahkan tentang kehidupan dua anak yatim piatu ini juga telah berjaya mengutip puluhan juta kutipan panggung dalam tayangannya di Malaysia, Taiwan, China dan Hong Kong.

Filem ‘Abang Adik’ ini boleh ditonton di Netflix.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.