Detik Cemas Pertunjukan Bunga Api Guna Dron Bertukar ‘Hujan Meteor’ 

WorldTechnology
4 Oct 2025 • 12:44 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Detik Cemas Pertunjukan Bunga Api Guna Dron Bertukar ‘Hujan Meteor’

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan pertunjukan bunga api menggunakan dron bertukar cemas apabila beberapa unit dron dipercayai mengalami kerosakan dan jatuh dari langit.

Difahamkan, insiden berkenaan yang tak ubah seperti hujan meteor dilaporkan berlaku berhampiran Sungai Liuyang, Hunan, China.

Insiden berkenaan turut mencetuskan keadaan panik apabila orang ramai yang berada di lokasi kejadian mula bertempiaran lari bagi menyelamatkan diri dan mendapatkan perlindungan.

Ada dalam kalangan orang ramai dilihat bertindak spontan menggunakan apa sahaja yang ada di sekeliling mereka, termasuk kerusi dan meja, sebagai pelindung diri daripada terkena serpihan api dron yang jatuh dari udara.

Serpihan berapi itu turut menyebabkan beberapa kebakaran kecil tercetus di kawasan berhampiran.

Bagaimanapun, kebakaran berjaya dikawal oleh pihak bomba yang pantas dikerahkan ke lokasi berkenaan.

https://www.instagram.com/reel/DPX09hxk1Iw/

@8world.news

中国湖南浏阳河一个景区以无人机燃放烟火,结果火星突然散落一地,引发林火,吓得民众惊慌逃跑。烟花 fireworks 起火 中国 Translation might not be accurate. Click to see original.

♬ original sound – 8视界新闻网 – 8视界新闻网

Pada 2024, China berjaya mencipta dua rekod Guinness World Records apabila lebih 10,000 dron menghiasi langit di Taman Teluk Shenzhen, China.

Rekod berkenaan adalah penggunaan jumlah dron terbanyak di udara serentak di bawah kawalan satu komputer. Manakala rekod kedua ialah imej udara terbesar yang dipaparkan menggunakan dron.

https://x.com/GWR/status/1839657493540081848

Himpunan 10,197 dron itu memaparkan pelbagai imej haiwan dan bangunan berwarna-warni.

Antara paparan imej yang terlihat adalah “Sky City” atau bandar langit, rupa manusia dan banyak lagi

Sumber: 8world.news