Detik Dinantikan Tiba, Bell Ngasri Melompat Keriangan Terima Hadiah Kereta Mini Cooper

Entertainment
31 Jul 2023 • 12:35 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) Bell Ngasri mendapat kejutan selepas dia dimaklumkan bakal dihadiahkan sebuah kereta.

Pengumuman tersebut dibuat ketika pelawak berusia 43 tahun itu hadir ke stesen radio terkenal untuk sesi temu bual selepas kemenangan tersebut.

image is not available 6 days ago

Rezeki Tak Salah Alamat, Peminat Misteri Hadiahkan Kereta Baru Buat Bell Ngasri Sempena Kemenangan ABPBH23

Sesi penyerahan kereta tersebut telah dilakukan secara langsung dan menerusi Instagram ramai berasa teruja menonton detik itu.

Dihadiri dan disaksikan para media, pelawak yang terkenal dengan slogan ‘Yak Yak Yeayy’ itu telah menerima sebuah kereta jenama Mini Cooper berwarna kuning.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kini Viral Malaysia (@kini.viral.my)

Menerusi ruangan komen, ramai warganet akui berasa gembira dan sebak melihat Bell dikurniakan rezeki sebegitu selepas puluhan tahun menjadi anak seni.

Bell yang juga dikenali dengan nama ‘Barkoba’ dilihat melompat keriangan dan teruja selepas hadiah itu ditunjukkan kepadanya. Dia juga akui tidak dapat tidur lena memikirkan tentang hadiah yang bakal diterima.

Saya tak tahu nak cakap, pertama kali saya dapat hadiah sebesar ini. Dapat kereta apa pun saya tetap seronok, bagi Kancil pun saya seronok. Semalam saya tidak boleh tidur sebab terlalu berdebar.”