Deutsche Bank: 3 Senario Boleh Ubah Keputusan Dasar ECB? Ini Apa Perlu Diketahui

WorldBusiness & Finance
4 Feb 2026 • 9:00 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

image is not available

Bank Pusat Eropah dijangka mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat terdekat dan sepanjang tahun ini. Inflasi di zon Eropah semakin terkawal dan menyokong pendirian berhati-hati para penggubal dasar.

ECB sebelum ini mengekalkan kadar dasar pada 2% dan menaikkan unjuran pertumbuhan, satu langkah yang ditafsirkan pasaran sebagai isyarat bahawa bank pusat tidak tergesa-gesa untuk melaraskan dasar selepas beberapa siri pemotongan kadar pada 2025.

Walaupun Presiden ECB Christine Lagarde menyifatkan dasar monetari kini berada pada tahap yang sesuai, ketidaktentuan masih wujud, khususnya berkaitan risiko luaran seperti dasar tarif Amerika Syarikat yang boleh menjejaskan perdagangan global.

Ahli ekonomi Deutsche Bank menilai risiko dasar kini condong ke arah pelonggaran lanjut berikutan jangkaan inflasi berada di bawah sasaran, namun menegaskan bahawa kes untuk pengurangan kadar tambahan masih belum kukuh.

Mereka menyatakan bahawa pengukuhan matawang  euro, pertumbuhan ekonomi yang lebih lemah dan inflasi yang perlahan boleh mendorong perubahan dasar. Waima begitu, buat masa ini ECB dijangka kekal berpegang kepada pendirian sedia ada di tengah peningkatan ketidaktentuan dasar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved