
KOTA KINABALU: Dewan Perniagaan China Sabah (SCCC) mengalu-alukan kerjasama dengan persatuan perniagaan lain, agensi kerajaan, dan institusi, kata Presidennya, Datuk Frankie Liew.
Bercakap pada Majlis Makan Malam Muhibah Tahun Baru Cina 2025 anjuran SCCC baru-baru ini, beliau berkata Dewan itu sebelum ini bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan menjalin perkongsian dengan pelbagai organisasi perniagaan bagi menganjurkan beberapa acara perdagangan antarabangsa utama dengan jayanya.
AdvertisementLiew berkata antara acara terbabit termasuk Persidangan Ekonomi Cina Sabah Pertama dan Belt and Road High-Quality International Forum pada 2023, serta Persidangan Perdagangan dan Pelaburan Sabah-Zhuhai, Forum Perniagaan Sabah-China Pertama, dan Ekspo Sabah-China Pertama pada 2024.
“Dengan usaha kolektif semua pihak, setiap acara ini telah mencapai kejayaan penting, sekali gus mengukuhkan reputasi dan kredibiliti Sabah dalam kerjasama perdagangan antarabangsa.


