Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 peringkat dasar

LocalPolitics
29 Oct 2026 • 6:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 peringkat dasar
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 (Belanjawan 2027) pada peringkat dasar selepas dibahaskan bermula dari 12 Oktober.

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 (Belanjawan 2027) pada peringkat dasar selepas dibahaskan bermula dari 12 Oktober.

Rang undang-undang yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan pada 9 Oktober itu, diluluskan menerusi undian suara dengan lebih suara bersetuju.

Belanjawan 2027 dengan tema "Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi’, menggariskan lapan lunas utama merangkumi komitmen untuk kehidupan rakyat lebih baik sehingga ke agenda memperkukuh daya tahan dan masa depan negara.

Belanjawan kelima di bawah Kerajaan MADANI itu melibatkan peruntukan kerajaan berjumlah RM459.8 bilion, selain RM25 bilion pelaburan daripada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), RM11 bilion pelaburan awam-swasta serta RM14.2 bilion pelaburan Badan Berkanun Persekutuan dan Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD).

Ini menjadikan keseluruhan Belanjawan 2027 meneruskan dasar fiskal mengembang sebanyak RM510 bilion.

Menurut takwim Parlimen, perbahasan RUU berkenaan pada peringkat jawatankuasa dijadual berlangsung dari 2 hingga 26 November ini. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved