Dewan Rakyat Luluskan RUU Jenayah Siber 2026 Bagi Membendung Ancaman Global

LocalPolitics
2 Jul 2026 • 3:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Statistik PDRM menunjukkan kes jenayah siber meningkat daripada 25,479 kes pada 2022 kepada 66,204 kes pada 2025 sekali gus menekankan keperluan segera untuk kerangka perundangan baharu. Lonjakan lebih dua kali ganda dalam tempoh tiga tahun ini membuktikan ancaman jenayah siber semakin berbahaya dengan taktik penjenayah yang semakin kompleks.

Hacker Pengodam

Sehubungan dengan keadaan tersebut, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang‑Undang (RUU) Jenayah Siber 2026 yang digubal khusus bagi menggantikan Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563). Langkah ini diambil untuk mengukuhkan keupayaan negara dalam membendung ancaman serta kesalahan jenayah siber yang semakin kompleks dan berskala global. RUU tersebut diluluskan selepas dibahaskan oleh 48 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang.

Hacker Pengodam

Dengan ini, Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563) akan dimansuhkan bagi memberi laluan kepada undang‑undang baharu yang lebih sesuai dengan ancaman siber moden yang semakin kompleks dan berlaku di peringkat global. Walaupun akta lama diganti, RUU ini tidak menjejaskan perlindungan maklumat sensitif negara yang sudah dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 atau mana‑mana undang‑undang lain. Pada masa sama, RUU ini bukan bertujuan mengawal perbezaan pendapat sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha membanteras jenayah siber.

Image from: Dewan Rakyat Luluskan RUU Jenayah Siber 2026 Bagi Membendung Ancaman Global

Dalam perkembangan sama, kerajaan turut menjelaskan bahawa kandungan yang dijana menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak dianggap sebagai suatu kesalahan semata‑mata kerana dihasilkan melalui teknologi tersebut. Ia hanya boleh didakwa sekiranya terbukti wujud niat jenayah atau kesan buruk daripada penggunaan berkenaan. Selain itu, kerajaan juga akan menubuhkan Cyber Security and Cryptology Development Centre bagi mengukuhkan kepakaran forensik AI dengan kerjasama agensi penguatkuasaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved