Dewan Rakyat tak luluskan RUU pindaan Perlembagaan hadkan tempoh jawatan PM

LocalPolitics
2 Mar 2026 • 7:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Suasana dewan semasa undi berbelah bahagi pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada Isnin. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Isnin tidak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 untuk mengehadkan tempoh 10 tahun bagi jawatan Perdana Menteri.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, RUU itu gagal memperoleh sokongan dua pertiga ahli Parlimen apabila hanya serjumlah 146 ahli Parlimen menyokong manakala 44 ahli Parlimen tidak mengundi dan 32 ahli Parlimen tidak hadir.

AKAN MENYUSUL