
Komuniti Dapat Manfaat – Projek Naik Taraf Pusat Sivik Diluluskan Kerajaan Sarawak
Dewan Suarah Kota Samarahan Bakal Dinaik Taraf. Sarawak tak main-main kali ni! Kerajaan negeri dah meluluskan permohonan untuk naik taraf dan besarkan Pusat Sivik Kota Samarahan. Pengumuman ini disampaikan sendiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Permohonan tersebut dihantar oleh Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang, dan ADUN Muara Tuang, Dato’ Idris Buang, menurut laporan media tempatan. Matlamat utama? Nak pastikan komuniti tempatan ada kemudahan yang lebih selesa dan mesra rakyat.

Kenapa penting sangat naik taraf ni?
Kalau korang warga Samarahan, korang mesti tahu betapa pentingnya dewan ni. Menurut Datuk Rubiah, dewan ni sering jadi lokasi untuk:
- Majlis rasmi kerajaan
- Sambutan perayaan
- Program komuniti berskala besar
- Dan majlis-majlis sosial lain yang melibatkan ramai orang
Tambahan pula, pusat sivik yang ada sekarang boleh tampung sehingga 2,500 orang dalam satu masa. Dibuka sejak 5 Mac 1995, ia merupakan pusat sivik ke-12 yang diwujudkan di Sarawak. Tapi lepas hampir 30 tahun, memang patutlah diberi nafas baharu, kan?
Tekanan daripada industri pelancongan dan kementerian
Sebenarnya, tekanan untuk naik taraf pusat sivik bukan baru. Pada 21 Februari lalu, Persatuan Pemandu Pelancong Sarawak (SkTGA) dah mula suarakan agar Pusat Sivik Kuching dipulihkan. Lepas itu, pada 27 Februari, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pula beri teguran yang lebih luas – katanya banyak pusat sivik seluruh Sarawak perlu dikaji semula fungsinya.
Beliau juga menegaskan kerajaan perlu pertimbang semula kegunaan pusat-pusat sivik ni, supaya ia lebih relevan dengan keperluan semasa komuniti.
Baca juga artikel yang berkaitan dengan projek naik taraf di Sarawak:


