KENINGAU: Penantian berdekad-dekad penduduk Kampung Menggitom Baru untuk memiliki sebuah dewan terbuka akhirnya berakhir selepas lebih 40 tahun.
Kemudahan itu, yang dibina hasil usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin, telah diserahkan secara rasmi kepada penduduk kampung melalui Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Masrudin Abd Halim.
Majlis penyerahan disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Keningau, Rafie Robert, yang mewakili Robert selaku Pembantu Menteri Kerja Raya negeri.
Dengan siapnya dewan itu, lebih 400 penduduk kampung bakal menerima manfaat. Dewan terbuka ini dijangka menjadi pusat aktiviti komuniti, mesyuarat, program belia, acara kebudayaan serta majlis rasmi kampung.