Dewi Dikecam Makan & Sikat Bulu Kucing Atas Katil – “Pengotor, Kenapa Ada Terliur Makan Tiramisu Dia?”

EntertainmentLifestyle
7 Sep 2025 • 11:03 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Satu entri di Threads mencuri perhatian warganet apabila seorang pengguna mengecam tindakan Dewi, isteri kepada Jofliam, yang dilihat melakukan pelbagai aktiviti di atas katil termasuk makan tengah hari, menikmati buah, malah membersihkan bulu kucing.

Individu itu menulis secara sinis, “Semua atas katil.. (tak jaga kebersihan) macam mana la korang terliur nak makan pistachio tiramisu ni eh? dengan kuku dia yang panjang bertaik tu! ew sumpah geli!!”

image is not available

Reaksi netizen lain pula bercampur-campur. Ada yang turut meluahkan rasa kurang selesa dengan tindakan tersebut, manakala sebahagian lain mempertahankan kebebasan individu untuk melakukan apa sahaja di rumah sendiri.

image is not available

Perkongsian ini terus menjadi bualan hangat di kalangan pengguna media sosial, memancing pelbagai komen dan pendapat mengenai batas kebersihan semetelah Dewi merupakan peniaga yang menguruskan makanan kini.

image is not available 2025-08-30 15:21:04

Dahulu Gah, Netizen Persoal Event Pizza Wagyu Jofliam Makin Hambar - "Balasan Aniaya Isteri?"

View Original Article