Dewi Umum Letak Jawatan Dari Bekerja Dengan Pizza Wagyu Jofliam

Entertainment
5 Nov 2024 • 6:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kontroversi melibatkan cef piza terkenal, Jofliam dilihat masih belum berpenghujung apabila terbaru, PA cef ini iaitu Emira Delyati Dewi telah membuat pengumuman untuk menarik diri daripada terlibat dengan perniagaan Pizza Wagyu Jofliam.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi Instagram miliknya sejam lepas (dalam tempoh artikel ini ditulis) dan mendedahkan alasan di sebalik pengundurannya itu untuk memberi tumpuan kepada perniagaan sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Emira Delyati Dewi (@emiradelyati)

“Assalammualaikum, saya telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada Pizza Wagyu Jofliam kerana mahu fokus pada perniagaan saya. Terima kasih atas pengalaman dan peluang untuk menjadi salah satu ahli Top 100 Best Pizza Chef in the World, saya doakan semua pasukan ini berjaya dalam industri.”

Dalam pada itu, Dewi juga ada memberikan penghargaan buat Jofliam kerana memberikannya kesempatan untuk terlibat dalam pasukannya.

Bagaimanapun, ruangan komen hantaran tersebut telah ditutup namun sepanjang tempoh artikel ini ditulis, hantaran itu telah meraih 2,474 tanda suka dalam masa sejam ia dimuat naik.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved