Dhabitah tertekan diletakkan pada bukan acara utama

12 Feb 2024 • 3:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Nur Dhabitah Sabri. Foto fail Bernama

WALAUPUN dia sebelum ini pernah terbuka untuk menyertai apa-apa acara sekali pun, namun buat penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri dia mengakui tetap berasa tertekan kerana berpandangan usianya kini cenderung kepada kecederaan.

"Kita bukan nak cedera, kita bukan tak nak beraksi cemerlang, tetapi dengan kecederaan dan bertanding dalam acara yang berbeza, saya memang tak boleh tangani, ia sangat sukar.

"Saya bersyukur, ia tidak berakhir dengan kecederaan yang lebih teruk. Bersyukur juga saya pulang dengan selamat.

"Pada usia ini, memang saya rasa terbeban. Sebab umur saya ketika ini, dah mula dapat kecederaan yang banyak.

"Saya mengalami kecederaan tricep ketika latihan di sana, apa pun saya tak boleh nak buat ketika bertanding," katanya di Nadi Breaking.

Dhabitah yang sebelum ini hanya menyertai acara utamanya iaitu tiga meter dan 10 meter papan anjal berbanding 3 meter dan 10 meter platform bagi Kejohanan Kelayakan Olimpik. - Awani/Astro Arena

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved