
Dharma Harun Meninggal Dunia
Pelakon veteran, Dharma Harun Al Rashid telah menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada selasa.
Berita duka itu dimaklumkan oleh anak lelakinya, Syafiq Dharma, di Instagram Story.
“Ayah saya meninggal waktu saya balik tadi pukul 9.10 malam.
“(Jenazah) akan diuruskan di Masjid Abu Ubaidah, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur,” katanya.


Imbas kembali, Dharma, 69, dilaporkan telah diserang angin ahmar lima tahun lalu. Selepas itu dia mengalami beberapa kesan sampingan seperti kesukaran bertutur dan mengingati sesuatu.
Pelakon yang terkenal dengan filem Adik Manja itu juga dilaporkan menghidap asma.
Sumber: Syafiq Dharma
The post Dharma Harun Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.


