Warga emas hilang ditemui maut

23 Nov 2025 • 9:38 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KIULU: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang sejak awal pagi ditemukan meninggal dunia kira-kira 30 meter dari rumahnya di Kampung Bayag, di sini, Sabtu.

Taisin Bandaran, 85, dilaporkan hilang oleh ahli keluarga selepas didapati tidak berada di kediamannya sekitar jam 6 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohamad Nor Amit, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.30 petang.

Menurutnya, enam anggota termasuk seorang pegawai digerakkan ke lokasi bersama sebuah pacuan empat roda Isuzu D-Max dan kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba, pasukan menjalankan pencarian di sekitar rumah mangsa sebelum menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jarak kira-kira 30 meter.

“Pemeriksaan lanjut oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya, Sabtu.

Beliau berkata mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi yang turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.40 petang,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved