Dharma Madani: 627 kuil Hindu terima RM12.54 juta

LocalPolitics
15 Jul 2026 • 11:59 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Dharma Madani: 627 kuil Hindu terima RM12.54 juta

PUTRAJAYA – Kerajaan Madani terus mengukuhkan sokongan kepada komuniti India dengan kelulusan RM12.54 juta bagi 627 rumah ibadat Hindu sejak Januari, menerusi Program Dharma Madani.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R Ramanan berkata, siri program itu memastikan kuil kekal sebagai pusat komuniti dan penggerak masyarakat.

“Melalui Program Dharma Madani Siri 1 pada 27 Januari 2026, 162 rumah ibadat Hindu menerima RM3.24 juta. Momentum diteruskan pada Siri 2, 28 April 2026, dengan 297 kuil mendapat RM5.94 juta. Hari ini, Siri 3 meluluskan RM3.36 juta untuk 168 kuil,” katanya.

Ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kesuma, Sutekno Ahmad Belon, pada Majlis Perasmian Program Celik Madani 2026 (Siri 2) dan Dharma Madani Siri 3.

Selain itu, Program Bantuan Subsidi Pendidikan Awal Celik Madani turut dilancar dengan peruntukan RM8.87 juta untuk 162 tadika, memberi manfaat kepada 3,612 kanak-kanak India B40 berusia empat hingga enam tahun.

“Setiap kanak-kanak akan menerima subsidi sehingga RM230 – yuran bulanan RM150 dan RM80 untuk makanan berkhasiat. RM230 mungkin nampak kecil, tetapi bagi keluarga B40 dengan dua atau tiga anak, ia penentu sama ada anak mereka dapat terus belajar atau tidak,” katanya.

Ramanan turut menepis tuduhan bahawa kerajaan tidak menyalurkan dana kepada komuniti India atau bahawa MITRA tidak bergerak.

“Ada segelintir orang berkata Kerajaan Madani di bawah kepimpinan Perdana Menteri tak buat apa-apa untuk komuniti India, tidak turunkan dana dan Mitra tidak bergerak. Jadi, hari ini saya nak kongsi sedikit. Bukan untuk berbangga, tetapi supaya fakta mengatasi fitnah,” katanya.

Program Dharma Madani diperkenalkan sebagai inisiatif khas kerajaan untuk memperkukuh peranan rumah ibadat Hindu bukan sekadar tempat sembahyang, tetapi juga pusat komuniti, pendidikan dan kebajikan.

Ia digerakkan secara berperingkat melalui siri kelulusan dana, dengan fokus kepada pembangunan sosial dan kesejahteraan masyarakat India di Malaysia. - 15 Julai, 2026

The post Dharma Madani: 627 kuil Hindu terima RM12.54 juta appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved