“Di Cuma Tengok Sahaja Dan Kata Oh Cantik” – Nora Danish Nafi Bekas Suami Halang Bertudung

Entertainment
18 Jul 2024 • 2:56 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sejak pelakon, Nora Danish sudah berhijab ni lepas bercerai ni, timbul pula spekulasi bahawa bekas suaminya, Nedim yang tidak bersetuju dengan keputusannya untuk bertudung ketika masih bersama.

Tak mahu mengelirukan mana-mana pihak, Nora tampil menafikan dakwaan tersebut.

Menerusi laporan Astro gempak, dia berkata keputusan untuk berhijab tak sampai lagi sebelum dia bercerai dengan bekas suaminya.

Sebenarnya Nedim ni, dia seorang yang tidak kisah kalau apa yang saya inginkan.

Saya jumpa dia di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pada ketika itu saya sudah bertudung, dia cuma tengok sahaja dan kata oh cantik.

image is not available

Tambahnya, seorang wanita boleh sahaja berhijab tanpa izin suami kerana ia ke arah kebaikan.

Anak-anak dan rakan artis terima baik perubahan Nora

Bukan sahaja penghijrahannya di terima baik netizen, anak-anak dan rakan artis juga turut gembira dengan keputusan yang dibuat.

Jadi, saya tanya dia okay tak mommy pakai tudung ni. Dia kata okay.

Alhamdulillah rakan-rakan industri juga semua memberikan respon sangat postif pada saya.

Ada yang mesej, menangis dan ada juga yang sudah lama ingin melihat saya berhijrah.

Terdahulu, Nora tampil mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan dia sudah berhijab sebaik selepas bercerai dengan bekas suaminya, Nedim.

image is not available

Jap!