“Mak Nora menangis…” – Nora Danish Kongsi Detik Penghijrahan, Bermula Dengan Hadir Majlis Ilmu

Entertainment
17 Jul 2024 • 11:48 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon ternama tempatan, Nora Danish baru-baru ini mengumumkan dia kini sudah berhijab, imej barunya itu menarik perhatian ramai termasuklah para peminat serta rakan artis.

Dalam laporan mStar, Nora Danish yang terkenal dengan drama bersiri Puteri itu berkongsi detik penghijrahannya yang begitu menyentuh.

Nora berkongsi, dia terdetik untuk berhijab selepas mula menyertai majlis ilmu yang dianjurkan oleh rakan baiknya, Betty Rahmad sejak bulan Mei tahun lalu.

Dia berkata dia berasa sedikit malu kerana sudah menyertai majlis ilmu sebegitu tetapi masih belum bertudung, selain itu, dia juga berkata umurnya kini sudah mencecah 40 tahun dan sudah tiba masanya untuk dia berubah ke arah kebaikan.

“Semua (rakan-rakan, keluarga) beri respon postif, ada yang mesej Nora ada yang menangis. Ada juga yang kata dah lama tunggu Nora untuk berubah.

Mak Nora dia menangis terharu dia kata semoga istiqomah,” kongsinya.

Pelakon filem Isteri Untuk Dijual itu juga berkongsi, dia pada mulanya ingin berubah secara perlahan-lahan seperti memakai selendang dahulu namun padanya, umurnya kini sudah mencecah 40 tahun dan tidak ada masa untuk berlengah lagi.

Semoga sentiasa istiqomah!

Sumber: mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.