JERANTUT - Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang di sini, sejak 14 Mei lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintenden Arshad Ayob berkata, laporan polis berhubung kehilangan Ainul Maisarah Abu Bakar dibuat bapanya pada Sabtu iaitu selepas 15 hari remaja itu hilang.
Menurutnya, lokasi terakhir remaja itu dilihat berada di Kampung Asli Pasu, Kuala Krau,Temerloh dengan berpakaian seragam sekolah.
"Ciri fizikal mangsa bertubuh kurus tinggi, muka bujur dan berkulit hitam manis," katanya melalui kenyataan media pada Ahad.
Arshad berkata,orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan remaja terbabit diminta tampil ke mana-mana balai pilis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut di talian 09-2662222.





