YTP MARA 2026 – Semakan Keputusan Mulai 29 Mei

Local
27 May 2026 • 3:41 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Pemohon yang telah memohon Program Pembangunan Bakat Muda MARA atau YTP 2026 yang merupakan tajaan pendidikan untuk pelajar cemerlang SPM yang ingin melanjutkan pengajian hingga ke peringkat ijazah sarjana muda di dalam atau luar negara boleh membuat semakan keputusan mulai 29 Mei 2026 menerusi pautan https://www.mara.gov.my.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai tajaan pendidikan ini.

Image from: YTP MARA 2026 – Semakan Keputusan Mulai 29 Mei

Apa itu Young Talent Development Programme @ YTP MARA?

Young Talent Development Programme (YTP) adalah program penajaan pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar cemerlang lepasan SPM bagi menyambung pengajian bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi pendidikan tinggi terpilih di dalam dan luar negara.

Menariknya, pembiayaan ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU), di mana sebahagian atau keseluruhan pinjaman boleh ditukar bergantung kepada prestasi akademik pelajar.

ytp mara

SYARAT UMUM

1. Bumiputera
Pemohon dan salah seorang ibu bapa mestilah warganegara Malaysia berstatus Bumiputera.

    2. Status MARA
    Pelajar, ibu bapa, penjaga, dan penjamin tidak disenaraihitam oleh MARA atau sedang dalam tindakan perundangan MARA.

    3. Kesihatan
    Bebas penyakit kronik atau berjangkit serta disahkan sihat untuk mengikuti pengajian.

    4. Peperiksaan
    Menduduki peperiksaan SPM 2025 buat kali pertama (sekolah atau persendirian).

    5. Tajaan
    Tidak dibenarkan menerima tajaan lain untuk peringkat pengajian yang sama.

    6. Akademik
    Memenuhi syarat kelayakan akademik minimum yang ditetapkan.

    SYARAT KHUSUS

    1. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2025.
    2. Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM seperti yang diiklankan di bawah:
    GARIS PANDUAN PERMOHONAN YTP 2026 – 20260331_110914Download

      Laluan Pengajian YTP MARA 2026

      Program YTP menawarkan beberapa laluan pengajian bergantung kepada keputusan akademik pelajar:

      1. Laluan Pengajian Luar Negara (SPM 8A)

      Pelajar yang memperoleh sekurang-kurangnya 8A dalam SPM berpeluang mengikuti laluan ini.

      Program Luar Negara (Top 20 Universities):

      • Persediaan: A-Level / IB di kolej MARA terpilih
      • Keperluan: Tahap Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya CEFR C1
      • Penajaan: Ijazah pertama di 20 universiti terbaik dunia
      • Bidang: Kejuruteraan, Sains & Sains Ikhtisas

      Biasiswa Penuh turut ditawarkan kepada pelajar yang berjaya mendapat tempat di universiti elit seperti:

      • Harvard University
      • Massachusetts Institute of Technology (MIT)
      • University of Oxford
      • University of Cambridge
      • Stanford University

      2. Program Ijazah Pertama Luar Negara

      Pelajar juga boleh terus melanjutkan pengajian ke luar negara mengikut bidang tertentu.

      Bidang & Negara:

      • Kejuruteraan & Teknologi – Jerman
      • Sains Komputer – Hong Kong
      • Perubatan – Mesir

      3. Program Berkembar Dalam & Luar Negara

      Program ini menawarkan kelayakan dwi-sijil daripada universiti tempatan dan luar negara yang diiktiraf.

      Bidang & Negara terlibat:

      • Kejuruteraan & Teknologi – Australia, Jepun, Perancis, Rusia
      • Perakaunan / Logistik Perindustrian / Teknologi Maklumat / Kejuruteraan – New Zealand

      4. Laluan Pengajian Dalam Negara (SPM 7A)

      Bagi pelajar yang memperoleh sekurang-kurangnya 7A dalam SPM, laluan dalam negara turut disediakan.

      Program Ijazah Pertama Dalam Negara:
      Pelajar akan melanjutkan pengajian di IPT tempatan terpilih seperti:

      • Universiti Sains Malaysia (USM)
      • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
      • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
      • Universiti Multimedia (MMU)
      • Management & Science University (MSU)
      • UPTM dan lain-lain
      Image from: YTP MARA 2026 – Semakan Keputusan Mulai 29 Mei

      Bidang Pengajian Ditawarkan

      Terdapat 9 bidang utama yang ditawarkan di bawah YTP MARA:

      1. Kejuruteraan
      2. Sains / Sains Komputer / Sains Ikhtisas
      3. Perakaunan / Logistik Perindustrian
      4. Kewangan
      5. Professional & Advance Chartered Accountant (ICAEW)
      6. ACCA (Professional Association of Chartered Certified Accountants)
      7. Perubatan
      8. Pergigian
      9. Farmasi

      Cara Permohonan

      1. Layari Portal MARA https://educationloan.mara.gov.my/
      2. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan.
      3. Pemohon juga dikehendaki membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.
      4. Pemohon dikehendaki melengkapkan maklumat permohonan seperti berikut:
        • i. Maklumat peribadi dan keluarga
        • ii. Cadangan Pengajian
        • iii. Ujian Psikometrik
        • iv. Perakuan keterangan

      NOTA:

      Senarai kursus, bidang dan Institusi Pengajian Tinggi terpilih yang ditetapkan oleh pihak MARA boleh dirujuk di dalam syarat kelayakan program yang diletakkan di Portal MARA.

      Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini pilihan kursus dalam tempoh ditetapkan setelah keputusan peperiksaan SPM diumumkan.

      Cara Membuat Semakan

      Pihak MARA memaklumkan, semakan keputusan boleh dibuat mulai pukul 10.00 pagi pada 29 Mei 2026 (Jumaat) hingga 04 Jun 2026 (Khamis) 5.00 petang menerusi pautan https://www.mara.gov.my.

      Maklumat Lanjut

      Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila rujuk Bahagian Penganjuran Pelajaran:

      • Email: ytp@mara.gov.my
      • Telefon: 03-26132020 / 2030

      Soalan Lazim Young Talent Development Programme

      Rujuk panduan di sini:

      Apakah itu Young Talent Development Programme (YTP)?

      Young Talent Development Programme (YTP) adalah program penajaan pinjaman pelajaran
      berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar
      cemerlang lepasan bagi menyambung pengajian bermula di peringkat persediaan
      hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi pendidikan tinggi terpilih di dalam dan luar
      negara

      Bagaimanakah cara untuk saya memohon Program YTP?

      Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal MARA https://educationloan.mara.gov.my. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai
      pengguna baharu sebelum mengisi permohonan. Pemohon juga dikehendaki membaca dan
      memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.

      Apakah syarat umum untuk memohon Program YTP?

      Syarat – syarat umum permohonan Program YTP seperti di bawah:
      i. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus warganegara Malaysia
      bumiputera.
      ii. Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam
      tindakan undang-undang MARA.
      iii. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2022 buat kali pertama.
      iv. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja
      atau agensi untuk pengajian dan peringkat yang sama.

      Jika saya tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tetapi saya ingin mencuba untuk memohon, adakah dibenarkan?

      Pemohon tidak dihalang daripada membuat permohonan namun dinasihatkan untuk
      menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu. Hanya pemohon yang memenuhi syarat
      kelayakan akan dipertimbang untuk ditawarkan Program YTP.

      Bolehkah saya mengguna pakai keputusan peperiksaan IGCSE atau peperiksaan lain yang setaraf untuk memohon Program YTP?

      Tidak boleh. Hanya keputusan peperiksaan SPM sahaja yang akan diguna pakai sebagai syarat kelayakan akademik bagi YTP.

      Dimanakah saya boleh menyemak senarai kursus, bidang dan institusi pengajian tinggi
      terpilih yang ditetapkan oleh pihak MARA?

      Senarai tersebut boleh dirujuk pada syarat kelayakan program yang diletakkan di Portal MARA

      Adakah pihak MARA boleh menawarkan kursus selain daripada pilihan pertama dan kedua pemohon semasa permohonan dibuat?

      Ya. MARA berhak menawarkan kursus selain pilihan pertama dan pilihan kedua kepada
      pemohon berdasarkan kepada merit pemilihan serta jumlah kuota bagi sesuatu kursus.
      Sebarang permohonan pertukaran kursus oleh pemohon adalah tidak dibenarkan.

      Adakah saya wajib menduduki ujian kelayakan semasa mengisi permohonan Program YTP?

      Ya. Semua pemohon wajib menduduki ujian kelayakan secara dalam talian semasa mengisi
      permohonan Program YTP.

      Adakah saya dibenarkan untuk menduduki semula ujian kelayakan sekiranya gagal berbuat demikian semasa mengisi permohonan

      Tidak. Ujian kelayakan boleh diduduki hanya sekali semasa permohonan dibuka.

      Adakah saya wajib melalui proses ujian temuduga sebelum ditawarkan Program YTP?

      Proses temuduga hanya melibatkan kursus tertentu yang ditetapkan. Sebarang maklumat
      berkaitan temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon dari semasa ke semasa.

      Bolehkah saya memohon Program YTP sekiranya ibu saya telah disenarai hitam MARA?

      Boleh. Namun demikian, Ibu, bapa, penjaga, penjamin dan pemohon perlu bebas dari senarai
      hitam MARA dalam tempoh tujuh (7) hari setelah permohonan ditutup. Pemohon dinasihatkan segera menyemak status senarai hitam di Bahagian Kawalan Kredit (BKK) MARA.

      Apakah bentuk pinjaman pelajaran yang akan saya terima sekiranya ditawarkan dalam
      Program YTP?

      Pinjaman pelajaran di peringkat persediaan merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup
      serta Elaun Pengangkutan. Elaun Pengangkutan (pergi & balik) hanya layak dibayar kepada
      pelajar dari Semenanjung Malaysia yang mendapat tawaran pengajian di Sabah/Sarawak atau
      pelajar Sabah/Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung Malaysia. Pinjaman pelajaran akan diteruskan sehingga ke peringkat ijazah sarjana muda

      Bilakah semakan keputusan permohonan boleh dibuat?

      Semakan keputusan boleh dibuat mulai pukul 10.00 pagi pada 29 Mei 2026 (Jumaat) hingga 04 Jun 2026 (Khamis) 5.00 petang.

      Baca juga: Permohonan Young Talent Program (YTP) Agrobank 2026

        View Original Article