Di mana Noor Arlyana, hilang sejak Rabu

7 Nov 2025 • 11:13 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Noor Arlyana dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di kediamannya di Taman Nilai Perdana, Rabu lalu.

NILAI - Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di kediamannya di Taman Nilai Perdana di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan remaja berkenaan, Noor Arlyana Khairul Alief pada Khamis jam 8.58 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.

"Kali terakhir dia dilihat berada di Blok 7, G6, PSN Nilai Perdana sekitar jam 11 malam pada 5 November sebelum disedari tidak pulang ke rumah.

"Remaja itu mempunyai ketinggian 150 sentimeter, berkulit sawo matang dengan berat badan dianggarkan 50 kilogram," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa dimohon tampil ke balai polis berdekatan atau berhubung terus di Bilik Gerakan IPD Nilai ditalian 06-7904389 atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Raid Aiman Norzamri di talian 019-4440996 bagi membantu siasatan berhubung dengan kes.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved