Lelaki Buat Live TikTok Di Restoran, Borak Tak Senonoh Fasal Wanita Di Meja Sebelahnya

6 Nov 2025 • 3:53 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tindakan seorang lelaki yang bersiaran langsung atau live di TikTok menjadi perhatian ramai selepas rakaman tersebut tular di Threads apabila pengguna @catrina890198 memuat naik semula klip berkenaan.

Lelaki borak tak senonoh tentang wanita lain

Menerusi rakaman itu, lelaki tersebut dilihat berada di sebuah restoran sambil berinteraksi dengan penontonnya.

image is not available

Apa yang mengundang kecaman ramai bukanlah kandungan live itu, sebaliknya ucapan berbaur lucah yang dilemparkan kepada seorang wanita yang kebetulan duduk di meja sebelahnya.

Artikel lain: “Nak Main Tetek?” – Netizen Geli Aksi Suami Gurau Tak Senonoh Dengan Isteri

Ketika bersiaran, lelaki itu dengan selamba berkata,

“Ini kalau dapat peluk dari belakang, lepas tu dapat pegang memang best,”

Lelaki berkenaan turut ditemani seorang individu didakwa isterinya, namun wanita tersebut tidak menegur atau menasihati lelaki berkenaan meskipun kenyataan itu jelas tidak menghormati wanita lain.

Tidak cukup dengan borak tak senonoh itu, Hazren turut membaca satu komen daripada penontonnya yang bertanya,

“Pink tak barang dia?”

Tanpa rasa malu, dia membalas,

“Insya-Allah pink.”

Tindakan borak tak senonoh tersebut nyata mengundang kemarahan netizen yang menganggap perbuatan itu sangat tidak senonoh dan menjatuhkan maruah wanita, apatah lagi wanita di meja sebelahnya itu dipercayai tidak mengenali mereka langsung.

image is not available

Rata-rata pengguna media sosial menegur sikap lelaki terbabit yang dianggap melampau dan memalukan, selain menyeru pihak berkuasa atau platform TikTok untuk mengambil tindakan terhadap akaun tersebut.

Sehingga kini, rakaman yang dikongsi di Threads itu telah mendapat ratusan ribu tontonan dan terus menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen yang menuntut agar sikap tidak beradab ketika melakukan siaran langsung diberi perhatian serius.

Saya harap awak buat laporan polis

image is not available

Disgusting

image is not available

Bayangkan keluar sebab nak makan, tapi kena macam ni

image is not available

Sexual statement

image is not available

Sumber: Threads @catrina890198

The post Lelaki Buat Live TikTok Di Restoran, Borak Tak Senonoh Fasal Wanita Di Meja Sebelahnya appeared first on Borak Daily.