Di mana Nur Dinie, hilang sejak Isnin

13 Mar 2026 • 7:43 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Nur Dinie dilaporkan hilang sejak Isnin lepas. Foto: Polis Kajang

KAJANG - Polis mencari seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Nazron Abdul Yusof berkata, laporan kehilangan Nur Dinie Sani Hasrul Sani berusia 25 tahun diterima pihaknya pada jam 12.16 tengah hari.

Menurutnya, wanita itu dipercayai hilang kira-kira jam 6.30 pagi dan alamat terakhirnya ialah Apartment Sri Cempaka, Jalan Sepakat Indah 2/1, Taman Sepakat, Kajang.

"Butiran wanita itu berketinggian kira-kira 155 sentimeter (cm), berbadan kurus dengan berat sekitar 48 ke 49 kilogram (kg) serta berpakaian blazer hitam dan seluar panjang.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan individu tersebut diminta untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau terus menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya, maklumat juga boleh disalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Khairulazwan Yunus di talian 013-4480997.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved