‘Di mana prinsip kita?’ – Pemimpin MCA persoal kerjasama BN-PAS

LocalPolitics
16 Jul 2026 • 2:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung meluahkan kekecewaan terhadap kemungkinan wujudnya kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Menurut laporan Malaysiakini, Saw berkata, beliau sebelum ini beberapa kali turun berkempen pada PRN Johor dengan membawa mesej bahawa BN tidak menjalinkan kerjasama dengan PAS bagi meyakinkan pengundi.

Image from: ‘Di mana prinsip kita?’ – Pemimpin MCA persoal kerjasama BN-PAS

Bagaimanapun, beliau mendakwa perkembangan terbaru di Negeri Sembilan menunjukkan kemungkinan kerjasama antara kedua-dua pihak semakin jelas.

“Di Johor, saya berulang kali memberitahu pengundi bahawa kita tidak bekerjasama dengan PAS. Kita berkata untuk menghalang gelombang hijau, undilah BN.
“Tiga kali yang bekerjasama dengan PAS ialah DAP, dan Anwar Ibrahim yang menjemput PAS menyertai kerajaan perpaduan,” katanya menerusi satu hantarn di Facebook malam tadi.

BN sebelum ini mengumumkan hanya akan bertanding di 25 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, sekali gus memberi gambaran bahawa terdapat kerjasama dengan pihak lain bagi menghadapi PH.

Image from: ‘Di mana prinsip kita?’ – Pemimpin MCA persoal kerjasama BN-PAS

Baki 11 kerusi yang tidak ditandingi BN dijangka menjadi tumpuan apabila PN yang diketuai PAS mengumumkan senarai calonnya malam ini.

Sementara itu, Saw turut mempersoalkan sama ada keputusan berhubung kerjasama tersebut mendapat persetujuan MCA, Presidennya Datuk Seri Wee Ka Siong serta Majlis Presiden parti.

Beliau membangkitkan persoalan mengenai prinsip perjuangan MCA yang selama ini menekankan sekularisme dan demokrasi.

“Sekularisme dan demokrasi yang kita pertahankan sekian lama – adakah kita sudah meninggalkannya? Teokrasi – adakah kita sudah bersetuju dengannya? Adakah kita telah memberikan lampu hijau?
“Di mana batasnya? Di mana prinsip kita?
“Adakah ini kerana undi? Kerana jawatan? Kerana ini cara untuk kita menang di kawasan campuran? Kerana musuh kepada musuh kita ialah rakan kita? Kerana asalkan kita dapat mengalahkan DAP, perkara lain tidak lagi penting?” soalnya.

Image from: ‘Di mana prinsip kita?’ – Pemimpin MCA persoal kerjasama BN-PAS

Saw berkata, sekiranya MCA memilih untuk meneruskan kerjasama itu, parti berkenaan tidak lagi mempunyai perbezaan dengan DAP yang sebelum ini sering dikritik kerana didakwa mengenepikan prinsip perjuangan demi kepentingan politik.

“Saya minta maaf, tetapi saya menganggap diri saya bersih dalam berpolitik, dan saya memohon untuk berbeza pandangan,” ujarnya.

Dalam PRN Negeri Sembilan, MCA dijadualkan bertanding di tujuh kerusi DUN.

Sumber: Malaysiakini

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved