Di mana Rosli, hilang selepas keluar jual getah

18 Nov 2025 • 8:19 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rosli dilaporkan hilang sejak Khamis lalu. Foto IPD Bentong

BENTONG - Seorang lelaki Orang Asli dari Kampung Sungai Gapoi, Telemong dilaporkan hilang selepas keluar ke kebun getah berhampiran kampung itu sejak Khamis lalu.

Mangsa, Rosli Aman, 41, dilihat kali terakhir kira-kira jam 10 pagi ketika memaklumkan kepada adik perempuannya bahawa beliau mahu menjual getah.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, susulan daripada itu, mangsa tidak pulang ke rumah dan laporan dibuat oleh adik perempuannya yang berusia 35 tahun pada Isnin.

Menurutnya, Rosli berkulit sawo matang serta mempunyai ketinggian lebih kurang 165 sentimeter dan berbadan biasa.

"Ketika kali terakhir dilihat, mangsa memakai T-shirt hijau, sweater hitam, seluar panjang hijau celoreng askar dan kasut getah hitam.

"Difahamkan mangsa turut membawa parang bersarung kayu berwarna coklat," katanya dalam satu kenyataan pada malam Isnin.

Sehubungan itu, Zaiham memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat bagi membantu usaha menjejaki mangsa.

Jelasnya, sebarang maklumat boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Bentong di talian 09-2231999.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved