Nelayan dikhuatiri hilang selepas keluar cari ketam

12 Nov 2025 • 2:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan yang dikhuatiri hilang selepas keluar mencari ketam pada Selasa di Pantai Rambah, Pontian.

PONTIAN - Seorang nelayan tempatan dilaporkan hilang selepas keluar mencari ketam di perairan berhampiran Jeti Rambah, di sini, sejak petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, lelaki berusia 65 tahun itu dilaporkan keluar ke laut pada jam 1.30 tengah hari, namun tidak pulang sehingga jam 7.15 malam.

"Isterinya memaklumkan kejadian kepada abang ipar mangsa sebelum laporan polis dibuat.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan sebaik laporan diterima dengan penglibatkan polis serta agensi penyelamat berkaitan," ujarnya ketika dihubungi pada Rabu.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved