“Di sana tolak ansur, di sini tolak tersungkur” -Dr Maza

LocalPolitics
29 Mar 2025 • 6:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Dr Maza

Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza dilihat meninggalkan satu hantaran di media sosial miliknya seakan menunjukan perkara tersebut kepada isu yang sedang hangat diperkata.

image is not available

Dr Maza kongsi hantaran di FB

Dalam hantaran itu, Dr Maza menyatakan ada sesuatu yang haram telah diberi layanan dan gantian manakala golongan marhaen diperlakukan tanpa simpati.

“Apa yang jelas haram diberikan segala layanan dan gantian, marhaen di jalanan diperlakukan tanpa keinsanan,” tulisnya.

Dr Maza tujukan kepada DBKL?

Kenyataan ringkas berkenaan sepertinya ditujukan kepada isu melibatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) apabila tular di media sosial video penguat kuasa mereka didakwa menghalang peniaga belon sehingga berlaku kekerasan fizikal.

Dr Maza juga seakan mengaitkan isu tersebut dengan kejadian beberapa minggu lepas berhubung tindakan DBKL dalam menangani isu kuil haram di Jalan Masjid India apabila berakhir dengan damai kerana pihak kuil bersetuju untuk berpindah ke lokasi yang telah diberikan.

“Di sana tolak ansur, di sini tolak tersungkur. Prinsip apa yang kau akur dan ukur?” kiasnya lagi.

image is not available

Yang buat kuil haram dapat tanah percuma pula

Perkongsian tersebut sudah tentu mendapat pelbagai respon daripada netizen yang kebanyakkannya mengakui bahawa tindakan peniaga tersebut salah, namun kekasaran yang dilakukan mungkin dilihat keterlaluan.

Mereka juga merasakan seperti tidak wujud keadilan dalam hal tersebut kerana mungkin teguran dan juga amaran perlu didahulukan sebelum tindakan berat diambil.

image is not available

Kesian rakyat tempatan yang meniaga kecil-kecilan

image is not available

Mungkin kita kena dengar kedua-dua belah pihak

image is not available

 

Terdahulu, tular di media sosial video penguat kuasa DBKL ‘bertempur’ dengan beberapa penjaja susulan tindakan menghalan peniaga belon berniaga tanpa lesen di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR).

Perkara tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada pengguna media sosial termasuklah Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Kamil Munim dan juga Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh yang menganggap tindakan terhadap ‘Abang Belon’ agak keterlaluan.

Sumber: Facebook Dr Maza

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved