Kerap Tolak Kerusi Roda Pesakit Obesiti, Staf Kesihatan Alami Tulang Belakang Bengkok

LocalHealth & Fitness
27 Mar 2025 • 9:15 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Tolak Kerusi Roda

Seorang staf kesihatan alami tulang belakang bengkok susulan hampir setiap hari tolak kerusi roda pesakit obesiti yang mengalami pelbagai masalah kesihatan susulan berat badan berlebihan.

Perkara itu dinyatakan seorang staf kesihatan sewaktu meninggalkan komen di video hantaran asmadinadzir di TikTok.

@asmadinadzir

Replying to @Medd | UGC Creator ྀི awareness kepada semua orang selalu cakap gemuk is awesome kan ? bagi kami yang medical staff , totally tak awesome kat ED takpe ramai geng laki , kalau kat wad tu kesian kakak misi nak buat sponging ka tukar pampers ka #fyp #foryourpages #fypsong #medicalstudent #emergencyroom

♬ original sound – asmadinadzir – asmadinadzir

Ada nurse kena slip disc tolak kerusi roda, ada yang naik trak APM buat CT Scan

Dalam video tersebut Asmadi telah memuat naik momen sewaktu sedang berusaha mengangkat seorang pesakit dengan berat lebih kurang 200 kilogram untuk menjalani Imbasan Tomografi Berkomputer (CT Scan) menggunakan trak Angakatan Pertahanan Awam (APM).

image is not available

Tolak Kerusi Roda pesakit lebih 100-150 kilogram

Menerusi komen yang dibuat oleh staf kesihatan tersebut, dia memaklumkan hampir setiap hari menolak kerusi roda pesakit obesiti dengan berat badan sekitar 100 hingga 150 kilogram.

Susulan daripada itu, dia telah mengalami masalah kesihatan apabila tulang belakangnya didapati bengkok sehingga menganggu prestasi kerja.

image is not available

Ramai nurse alami slip disc rupanya

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen di media sosial termasuklan mereka yang bertugas di bidang kesihatan apabila pernah mengalami hal yang sama.

Susulan daripada itu, kebanyakkan mereka menasihati orang ramai agar menjaga pemakanan kerana berat badan yang berlebihan bukan sahaja menjadikan diri tidak sihat tetapi turut memberi kesan kepada orang sekeliling termasuklah petugas kesihatan.

image is not available

Patutlah doktor sangat risau dengan gaya pemakanan seseorang

image is not available

Sebab orang lain, staf kesihatan terseksa

image is not available

Nurse pun sampai sakit juga

image is not available

Melihat dari Point Of View (POV) yang dikongsikan, eloklah kita sama-sama menjaga pemakanan agar tidak mengalami masalah berat badan sehingga memberi kesan kepada diri serta petugas kesihatan.

Jangan normalisasikan berat badan berlebihan sebagai sesuatu yang positif kerana ia sama sekali membuatkan kesihatan kita semakin berisiko.

Sumber: TikTok asmadinadzir