“Di Sebalik Gurau Gelak Kau…” – Azhan Rani Titip Doa Dan Kata-Kata Semangat Buat Amyza Aznan

EntertainmentLifestyle
24 Feb 2026 • 12:35 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Peminat dunia hiburan tanah air turut berdukacita dengan pemergian anak sulung Amyza Aznan, Andre Mikhail akibat kanser paru-paru.

Ramai rakan artis turut hadir memberikan penghormatan terakhir dan kata-kata semangat buat pelakon ini.

Terbaharu, Azhan Rani memuat naik satu perkongsian menyentuh hati di media sosial buat Amyza yang kini melalui fasa paling sukar sebagai seorang ibu.

“Kau dah buat yang terbaik untuk dia”

Menerusi perkongsian tersebut, Azhan meluahkan bahawa dia memahami kekuatan yang ditunjukkan Amyza sepanjang mereka menjalani penggambaran bersama sebelum ini.

Azhan turut mendoakan agar Amyza, anak-anak dan seluruh ahli keluarganya terus diberi kekuatan dan ketenangan menghadapi ujian ini.

Perkongsian Azhan Rani ini memperlihatkan betapa di sebalik gelak tawa seorang ibu, tersimpan pelbagai rasa yang tidak pernah ditunjukkan kepada umum.

Pssttt! Kadang-kadang, yang paling kuat itulah yang paling banyak memendam rasa. Semoga Amyza Aznan terus diberi ketabahan dan Allahyarham Andre Mikhail ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Kredit: Facebook Azhan Rani
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Di Sebalik Gurau Gelak Kau…” – Azhan Rani Titip Doa Dan Kata-Kata Semangat Buat Amyza Aznan appeared first on Oh! Media.