Di Sebalik Sekeping Gambar Hari Kebangsaan 2022, Rupanya Ada Kisah Sayu Tentang Anjing & Askar Ini

Entertainment
3 Sep 2022 • 12:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, sambutan Hari Kebangsaan negara kita yang ke-65 tahun disambut dengan meriah sehingga Dataran Merdeka dibanjiri ribuan pengunjung.

Macam-macam persembahan, perarakan dan gelagat kita dapat tengok sepanjang acara itu kan.

Kali ini, tular pula sekeping gambar keakraban antara seorang askar dan seekor anjing perang yang ditugaskan berkhidmat untuk berkhidmat di bawahnya.

image is not available

Gambar tersebut dipercayai telah diambil setelah selesainya perarakan Hari Kebangsaan baru-baru ini sebelum dikongsikan di Facebook Panggilan Pertiwi.

Apa yang menyayat hati ialah askar dan anjing itu rupa-rupanyanya bakal berpisah selepas ini kerana selepas ini, askar berkenaan akan menamatkan perkhidmatannya tak lama lagi.

Askar tersebut iaitu Korporal Walensten yang dikenali dengan nama Facebooknya iaitu Micro Junior telah tampil meninggalkan komen di FB untuk menceritakan hal sebenar di sebalik foto yang tular itu.

image is not available

Beliau turut berkongsi bahawa acara hari kebangsaan itu merupakan acara terakhirnya bersama anjing yang dinamakan Loki itu.

Beliau juga telah menganggap anjing itu seperti kawan sejatinya kerana mereka telah menghadapi pelbagai cabaran bersama sepanjang berkhimat untuk Angkatan Tentera Malaysia.

Rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada askar dan anjing itu kerana telah berkhidmat kepada negara tanpa rasa gentar.

Betul lah orang kata, anjing memang haiwan yang setia.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.