Di sebalik sibuk PRN, Tok Mat tetap kembali urus Wisma Putra

WorldPolitics
1 Aug 2026 • 11:19 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Di sebalik sibuk PRN, Tok Mat tetap kembali urus Wisma Putra

SEREMBAN – Di sebalik kesibukan menghadapi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dan hari pengundian hari ini, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan tetap kembali menjalankan tugas rasminya di Wisma Putra bagi menguruskan pelbagai urusan diplomatik negara.

Beliau berkata, pada hari Selasa ini saya menerima kehadiran Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Kemboja kerana tahun ini Malaysia menjadi tuan rumah Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (Joint Commision Meeting).

“Selain itu, bakal menerima lawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Laos minggu depan.

“Saya juga sepatutnya menghadiri mesyuarat tergempar negara-negara Arab dan Islam di Amman, Jordan berhubung pencerobohan serta keganasan berterusan Israel di Al-Aqsa, namun menugaskan wakil tetap Malaysia untuk menghadirinya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohamad berkata, ketidaktentuan geopolitik dunia ketika ini menyebabkan beban tugas Wisma Putra semakin meningkat dengan pelbagai rundingan dan mesyuarat tergempar perlu diadakan.

“Banyak kerja di Wisma Putra sekarang. Banyak lawatan rasmi masuk dan saya juga perlu ke luar negara.

“Dalam keadaan geopolitik dunia yang tidak menentu, banyak rundingan perlu dibuat termasuk mesyuarat yang tidak dijadualkan dan mesyuarat tergempar.  Jadi banyak kerja perlu dilakukan disamping berdepan PRN Negeri,” katanya.

The post Di sebalik sibuk PRN, Tok Mat tetap kembali urus Wisma Putra appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved