
SEREMBAN: Politik bersifat perkauman didakwa sebagai punca menyebabkan Pakatan Harapan (PH) tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan hari ini.
Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amiruddin Shari berkata, pihaknya kecewa apabila politik perkauman masih membajai pemikiran pengundi sehingga gagal mengangkat politik nilai sepanjang tempoh berkempen.
“Politik identiti sudah menguasai majoriti Melayu dan timbal balas baliknya adalah kempen perkauman masih dijaja dan berunsurkan memecahbelahkan negeri dan negara.
“Kami bimbang ia akan menimbulkan kegelisahan dan syak wasangka antara Melayu dan bukan Melayu. Akhirnya, hala tuju untuk membantu Negeri Sembilan tidak kesampaian apabila kos sara hidup tidak diperjuangkan.
“Kita bimbang retorik sosial ini menjadi bahan kempen dan politik nilai gagal diangkat dan dimartabatkan sebaiknya,” katanya semasa sidang akhbar di sini malam ini.
Amirudin berkata, kekalahan PH tidak begitu besar dengan perbezaan majoriti tipis antara 700 hingga 1,000 termasuk kerusi yang ditandingi oleh Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun di DUN Linggi.
Secara tidak rasmi, PH hanya menang di 11 kerusi daripada keseluruhan 36 kerusi yang ditandingi mereka. – UTUSAN
The post Politik perkauman punca kekalahan PH – Amirudin appeared first on Utusan Malaysia.





