“Dia ambil gambar kitorang senyap2” – Datang Minta Nombor, Wanita Trauma Diekori ‘Stranger’

Entertainment
24 Nov 2023 • 11:43 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, viral di media sosial seorang stranger mengekori seorang wanita di kawasan parkir salah sebuah pusat beli belah. Dia memuat naik pengalaman seramnya itu di laman X.

Tunggu depan kereta

Difahamkan, ‘stranger’ itu menunggu di hadapan kereta wanita tersebut sehinggalah wanita itu keluar daripada kereta. Mujur, dia mengunci pintu keretanya dan kawan-kawannya juga ada pada ketika itu.

This guy waited in front of my car sampai I keluar lepastu acah-acah kenal I. Luckily I kunci pintu and my friends was there too.

Katanya pernah chat dekat WhatsApp?

Lelaki itu memberitahu wanita tersebut bahawa mereka pernah berbual bersama di WhatsApp namun, wanita itu sekeras-kerasnya menafikan perkara itu.

Disebabkan wanita itu tidak mengakui perkara itu, lelaki berkenaan meminta wanita tersebut memberikan nombornya telefonnya. Dalam video lain yang sudah disunting noise reduction, lelaki itu berkata mahu mengenali wanita tersebut.

Sebenarnya awak nak apa ni?

Saya nak kenal dengan awaklah.. saya kena beranilah kalau tak sampai bila saya nak tengok je.

Nak follow semasa event

Beberapa kali mereka berusaha untuk beredar dari tempat itu kerana perlu menghadiri sebuah event, namun lelaki berkenaan masih lagi tidak berputus asa sehingga meminta untuk mengekori wanita itu dalam event tersebut.

“Dia ambil gambar kitorang senyap2”

Lelaki itu juga ada meminta untuk mengambil gambar bersama mereka semua namun ditolak secara baik. Tanpa izin, lelaki tersebut menghalakan kamera telefonnya lalu mengambil gambar wanita tersebut.

He asked to take picture with us but we said no because we’re so rushing.

Mereka pun bergegas meninggalkan lelaki itu namun dia mengekori mereka sampai ke dalam pusat beli belah tersebut. Mereka juga ada meminta bantuan pengawal keselamatan, namun kecewa kerana pengawal itu seolah-olah tidak memahami apa yang mereka katakan.

Hantaran tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen di ruangan balas. Ada yang berkongsi cara untuk mempertahankan diri ketika berada di kawasan sunyi.

image is not available image is not available

Disebabkan ada sesetengah netizen yang back up stranger itu, wanita tersebut memberitahu apa yang dirasainya sewaktu kejadian berlaku.

image is not available

Seramnya kena follow macam tu. Moga kita semua dijauhkan dari perkara sebegini.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article