
Konflik antara pelakon popular Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop, sekali lagi menjadi perhatian selepas tular satu video memaparkan Ariz menangis teresak-esak sambil meluahkan rasa kecewa terhadap anaknya sendiri.
Video yang dimuat naik di Instagram Story itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang mengikuti perkembangan kes mereka sebelum ini.
“Dia ingat bagi duit, boleh layan mak macam ni”

Jangan lupa diri, famous je terus lupa diri. Dia betul-betul buang mak dia, walaupun dia bagi duit dia ingat dia boleh layan akak macam ni. Akak dah level anjing kurap dah, akak bergolok bergadai jual kereta, gadai semua barang kemas nak hidup dengan dia balik dekat KL, aku jadi supir jadi driver tak bergaji bawa dia ke hulu ke hilir.
Dalam video tersebut, Ariz mendakwa pengorbanannya selama ini dibalas dengan layanan yang menghina, walaupun dia sanggup berkorban segalanya demi anaknya.
Kita duk harap anak kita senang boleh lah tumpang senang. Mak harap kebaikan seorang anak macam gitu, macam ni dia buat. Tak ada apa pun malam ni gaduh je sebab banyak tak puas hati, dia tak puas hati akak tak puas hati. Tapi dia anggap hina tu dia boleh panggil lawyer datang keluarkan dia dari kereta macam akak nak bunuh dia.
Sebelum ini, Ariz pernah mendedahkan menerima perintah injunksi daripada mahkamah yang melarangnya berada dalam jarak 100 meter daripada Anna.
“Mak lahirkan tuan”

Perintah itu didakwa berpunca daripada tuduhan tingkah laku kasar dan penyeksaan mental terhadap anaknya.
Ariz ketika itu menegaskan bahawa dia hanya mahu mengajar Anna, namun hubungan mereka semakin renggang sehingga terpaksa diselesaikan melalui tindakan undang-undang.
Pssttt! Tak kira siapa salah atau betul, hubungan ibu dan anak adalah ikatan yang tak akan pernah terputus. Semoga mereka berdua dapat mencari jalan untuk memulihkan kembali kasih sayang yang pernah ada.
Kredit: Instagram Mama Jobling
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.

