“Kebenaran Pasti Terungkap” – Peguam Anna Jobling Dedah Bukti Video Penafian Ibu Dilayan Macam ‘Anjing Kurap’

LocalEntertainment
12 Aug 2025 • 9:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Isu antara pelakon Anna Jobling dan ibunya semakin menjadi perhatian umum selepas beberapa dakwaan mula tersebar di media sosial.

Terbaharu, peguam yang mewakili Anna tampil memberikan penjelasan terperinci mengenai situasi sebenar, termasuk prosedur undang-undang yang terlibat.

image is not available

Menurut peguam tersebut, proses untuk mendapatkan injunksi prohibitori dan Interim Protection Order (IPO) bukanlah mudah.

Malah, peguam itu juga turut memuat naik bukti berbentuk video sekaligus menafikan dakwaan ibu Anna Jobling yang mengatakan anaknya itu telah melayannya seperti anjing kurap.

Mengulas dakwaan bahawa ibu Anna ‘dikunci dalam kereta’, peguam itu menjelaskan bahawa kereta sebenarnya boleh dibuka dari dalam.

Kereta tidak dikunci tetapi orang yang berada di dalam tidak mahu keluar.

Beliau turut menafikan tuduhan bahawa seseorang telah dikeluarkan secara paksa dari kenderaan tersebut.

Terdahulu, ibu Anna memuat naik video sedang menangis mendakwa telah dibuang anak sendiri. Ibunya berkata, Anna berubah sejak menjadi popular dan melayaninya seperti anjing kurap.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-12 16:04:28

Masih Berdiam, IG Anna Jobling Dibanjiri Komen Netizen Desak Tampil Bersuara - "Betul Ke Gaduh Dengan Mak?"