Dia buat nota, tidak pegang telefon – Nabila Huda ramal Zarif Ghazzi pelakon hebat

LocalEntertainment
22 Sep 2026 • 5:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dia buat nota, tidak pegang telefon – Nabila Huda ramal Zarif Ghazzi pelakon hebat

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nabila Huda mengakui kagum dengan bakat baharu yang ditampilkan menerusi drama bersiri Kudrat 1968: High Council yang mencipta fenomena walau baru memasuki dua episod tayangan.

Turut menjadi salah seorang pelakon dalam drama tersebut, Nabila yang mesra disapa Abil memuji disiplin dan komitmen barisan pelakon terutamanya pelakon, Zharif Ghazzi sepanjang di set penggambaran.

“Zarif adalah pelakon kegemaran saya. Dia adalah ‘upcoming star’ yang sangat bersemangat. Saya tengok dia tulis nota, buat kerja dia dengan serius.

“Selalunya kita dengar pelakon muda asyik main telefon atau buat konten, tapi dia langsung tidak pegang telefon.

“Mereka yang berlakon drama ini sangat komited, siap ada nota dalam iPad. Ini adalah contoh yang sangat baik untuk pelakon muda lain,” katanya ketika ditemui semasa sidang media festival muzik Ultra Kalcer, di sini, baru-baru ini.

Selain Zarif, nama Chech Harith yang membawakan watak Mazli dalam siri itu juga antara yang mencuri perhatian pemenang Pelakon Wanita Terbaik FFM ke-28 ini.

“Saya jatuh cinta dengan watak Mazli lakonan Chech Harith. Dia sangat menyerlah dan ‘power’.

“Begitu juga dengan pelakon kanak-kanak yang memegang watak adik Abbas, Ummar Shakur. Mereka semua ada potensi besar untuk menjadi pelapis industri.

“Saya harap dengan fenomena ini, mereka tidak akan berubah. Biarlah semangat dan niat itu kekal sehingga mereka tua. Paling penting, kekal rendah diri dan saya sangat bangga dengan pencapaian mereka,” tambahnya.

Tidak hanya barisan pelakon, Nabila turut memuji visi pengarah wanita naskah berkenaan, Zulaikha Zakaria  yang berjaya menghidupkan legasi daripada High Council dengan cukup cemerlang.

“Penghasilan Kudrat memang gempak gila. Saya rasa bangga dapat berada dalam perjalanan ini bersama mereka. Bagi saya, pelakon Kudrat bukan sahaja hebat pada watak utama, malah pelakon sampingan pun semuanya hebat.

“Ini bermakna casting mereka sangat bagus. Apabila mereka buat pemilihan yang betul, hasilnya kita dapat lihat setiap karakter memainkan peranan yang sangat penting. Mereka muda dan sangat berbakat,” katanya. -UTUSAN

The post Dia buat nota, tidak pegang telefon – Nabila Huda ramal Zarif Ghazzi pelakon hebat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved