“Dia Buat Takpe, Kita Tak Boleh..” – Pernah Tegur Soal Tayang Kemewahan, PU Riz Disindir ‘Repost’ IG Story Beri Gelang LV Untuk Isteri

EntertainmentLifestyle
23 Sep 2025 • 10:47 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, selebriti, Neelofa ada memuat naik satu hantaran di Instagram Story memaparkan hadiah gelang mewah yang diberikan oleh suaminya, Haris Ismail atau mesra dikenali sebagai PU Riz.

Dalam hantaran tersebut, Neelofa mengucapkan terima kasih serta mendoakan agar Allah SWT sentiasa melimpah kurniakan rezeki kepada suaminya.

image is not available

Susulan Neelofa ‘tag’ akaun Instagram PU Riz, pendakwah bebas tersebut dilihat ‘repost’ semula hantaran tersebut di dalam Instagram Storynya.

Tindakan PU Riz itu telah mengundang rasa kurang senang di kalangan warganet, di mana rata-ratanya menyindir semula PU Riz yang sebelum ini pernah memuat naik hantaran teguran secara umum mengenai menayang kemewahan di platform media sosial.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, ada juga sesetengah netizen yang menegur pasangan tersebut seakan-akan tidak cakna dengan produk-produk yang kini sedang diboikot kerana hadiah yang dibelikan merupakan salah satu produk yang menyokong Israel.

image is not available 2025-09-12 18:32:15

"Siapa Yang Suruh Hidup Mewah Ni? Geli Dengan Orang Yang Tak Reti Bersyukur" - PU Riz