“Dia bukan anak yatim piatu…” – Pelajar Tahfiz Termenung Di Laman Sekolah Saat Musim Cuti

Entertainment
28 Feb 2024 • 1:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Di saat ramai pelajar sekolah kini sedang menikmati waktu cuti sekolah, seorang pelajar tahfiz ini hanya mampu duduk termenung di laman sekolah.

Menurut perkongsian Maahad Tahfiz AlQuran Aluzma Lilaitam – Yatim & Asnaf, ada kisah sedih yang menyelubungi anak ini

Lebih menyedihkan lagi, sumber menyatakan bahawa anak ini bukanlah anak yatim piatu tetapi ibu atau penjaga anak ini tak dapat dikesan dan dihubungi.

Hantaran yang telah meriah lebih daripada 4,200 jumlah perkongsian di Facebook ini telah meriah simpati netizen, selain mendoakan buat anak ini, rata-rata netizen begitu simpati dengan nasib anak ini, bahkan ada juga yang ingin menawarkan tempat tinggal buat anak ini serta mahu ambil anak inis ebagai anak angkatnya.

image is not available

image is not available

Walaubagaimanapun, mStar melaporkan bahawa pelajar berkenaan lebih selesa tinggal di tahfiz berbanding di rumah asing. Namun, mereka mengatakan bahawa tiada halangan atau syarat bagi mana-mana individu yang berhasrat untuk membuat kunjungan melawatnya di sekolah.

Sumber : Facebook, mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.