“Dia Cakap Dia Alergi Dengan Saya, Suruh Pihak Produksi Gugurkan Nama Saya” – Pelakon Senior Herdik Adzrin Adzhar?

EntertainmentLifestyle
15 Jul 2025 • 4:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas isu Shila Amzah diherdik oleh penyanyi rock lagenda, Datuk Amy Search tular, penyanyi dan guru vokal, Adzrin Adzhar turut tampil memberi perkongsian pengalaman masa.

Pelakon senior herdik dan hina

Menurut Adzrin, 40, dia meluahkan rasa kecewa selepas berdepan dengan layanan yang tidak baik selepas dihina oleh seorang pelakon senior tanah air.

Difahamkan, salah faham tersebut mula timbul selepas dia menjawab beberapa soalan yang diajukan secara profesional.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adzrin Adzhar (@adzrin_adzhar)

Bukan menjawab untuk melawan atau buat dia rasa terancam. Tapi dia kata saya tak boleh mengajar dan tak setanding dengan dia dah lima dekad dalam industri. Malah dia juga cakap yang dia alergi dengan saya.

Minta pihak produksi gugurkan nama

Dalam pada itu, Adzrin berkata pelakon berkenaan bukan saja mempertikaikan kemampuannya sebagai tenaga pengajar, malah menggesa agar pihak produksi menggugurkan namanya daripada sebuah projek seni yang sedang dirancang.

image is not available

Saya memang malu ketika dia buat begitu. Hari ini saya diberitahu yang memang nama saya digugurkan sebagai tenaga pengajar program berkenaan.

Walaupun diperlakukan sedemikian, penyanyi terbabit mengambilnya daripada sudut pandangan yang positif dan menganggap semua yang berlaku ada hikmah sendiri.

image is not available 2025-07-14 14:39:04

"Ramai Rakan Industri Mesej Akui Lalui Situasi Sama.." - Shila Amzah Tak Berniat Tarik Laporan Polis Terhadap Amy Search