“Dia Cantik Sangat..” – Yuri Dedah Pelakon Ini Sepatutnya Jadi Ahli Girls’ Generation Tapi Kena ‘Reject’

Music
28 Aug 2023 • 3:21 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Peminat pasti tahu bahawa untuk menjadi idola K-Pop, visual merupakan salah satu aspek penting.

Sebelum ini, Lee Yeon-hee telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube Yu-ri Girls’ Generation, di mana penyanyi itu ada buat satu pendedahan mengejut.

Pada awalnya, Yu-ri berkata,

Kalau tak salah ingat, ada satu mitos tentang Yeon-hee unnie, iaitu sebab dia tidak menjadi sebahagian dari Girls’ Generation. Ia adalah kerana dia sendiri sudah terlalu cantik.

Jelas wanita itu lagi,

Saya benar-benar maksudkannya! Orang ramai berkata bahawa dia akan meraih semua perhatian jika dia diletakkan di antara gadis-gadis lain, yang semuanya mempunyai tahap kecantikan yang sama.

image is not available

Respon Lee Yeon-hee mengenai dakwaan itu,

Jika saya menyertai kumpulan itu dan menjadi ketua, saya mungkin tidak akan rapat dengan kamu semua hahaha.

Semua ahli Girls’ Generation memang cantik!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.