“Dia dah bagi signal kan” – ‘Rider’ Sepak ‘Side Mirror’ Kereta Porsche Sampai Pecah

Entertainment
7 Sep 2022 • 11:13 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ketika menggunakan jalan raya, sebagai pemandu atau penunggang yang berhemah kita perlu sentiasa cakna dengan persekitaran dan mematuhi segala undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Sebuah video baru-baru ini telah tular, apabila seorang penunggang motosikal bertindak menendang cermin sisi (side mirror) sebuah kereta mewah Porsche.

Rakaman tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah lebuh raya di Malaysia dan melihat daripada video tersebut keadaan trafik agak sibuk.

Perkongsian video di Twitter itu mendapat perhatian netizen dan ramai yang mempertikaikan perbuatan penunggang motosikal tersebut kerana kereta itu sudahpun memberikan signal untuk bertukar lorong.

image is not available

Sehingga kini, masih belum diketahui punca tindakan rider terbabit menendang side mirror kereta mewah itu.

Apa agaknya sebab dia marah sangat tu ye?

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.