
Peminat setia “Running Man” pastinya masih lagi teringatkan telatah bekas ahlinya iaitu Lee Kwang-soo kan?
Meskipun sudah lama meninggalkan rancangan tersebut namun pelakon tersebut dilihat masih aktif dengan beberapa rancangan hiburan lain seperti “Busted”, “Unexpected Business”, “Korea No 1”, “The Zone: Survival Mission” dan banyak lagi.
Dan terbaru, Lee Kwang-soo telah muncul dalam rancangan “Reap What You Sow” bersama rakan baiknya iaitu Kim Ki-bang, Kim Woo-bin dan Do Kyung-soo di mana mereka perlu bercucuk tanam dan menjalani kehidupan di pinggiran kampung.
Baru sahaja menyiarkan satu episod minggu lalu, rancangan berkenaan sudah pun mendapat respon baik dari penonton.
@nananananananana432 sumpe ehh acaranya banyak nhomong doang tapi betaaahh lucu #napd #kimkibang #leekwangsoo #dokyungsoo #kimwoobin ♬ suara asli – nananananananana
Antara babak yang menarik perhatian ramai ialah apabila Lee Kwang-soo dilihat mengelak melakukan gaya tangan ‘feel cross’ yang popular dalam “Running Man” bersama Kim Ki-bang.
Komen penonton,
Dia dah move on maknanya.
Itu hanya kenangan dan boleh dilakukan di ‘Running Man’, sebab itu dia tak nak buat.
Seronok tengok dorang bertelagah.
Benda dah lama kan..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Dia Dah Move On..” – Lee Kwangsoo Tak Mahu Ada Kaitan Lagi Dengan ‘Running Man’? first appeared on KimchiDaily.my.


