“Dia Dapat ‘Kunci’, Tapi Bukan Kebebasan” – Anak Gadis Kak KM Minta Kereta Porsche Hadiah Hari Jadi Ke-21

LocalEntertainment
23 Nov 2024 • 2:45 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kak km

Usahawan kontroversi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, sekali lagi menjadi perhatian apabila mengakui sedang mempertimbangkan untuk menghadiahkan sebuah kereta mewah jenis Porsche kepada anak sulungnya, Nabila.

Dalam laporan Media Hiburan, Kak KM berkongsi bahawa anaknya bakal memasuki usia 21 tahun tidak lama lagi. Sebagai hadiah hari jadi istimewa, Nabila menyuarakan keinginannya untuk memiliki Porsche.

Nabila minta hadiah Porsche untuk hari jadi

Sebagai seorang ibu, Kak KM sentiasa berusaha memenuhi kehendak anak-anaknya selagi mampu. Baginya, anak-anak adalah pembawa rezeki buat keluarganya.

Dia dapat kunci, tapi bukanlah kunci kebebasan. Dia kakak sulung so Kak KM tanya dia nak apa? Dia nak Porsche, InsyaAllah doakan kita punya rezeki. Kalau ada rezeki, apa salahnya. Memang rezeki Kak KM pun kita tumpang anak.

Tambah Kak KM, prinsip ini dipegangnya hasil didikan ibu, Normah Damanhuri. Kak KM menjelaskan, selepas bapanya meninggal dunia, ibunya mengambil tanggungjawab membesarkan anak-anak seorang diri sambil terus bekerja keras.

image is not available

Dia balik shooting, semua anak kena masuk kereta. Kita pergi shopping sorang satu troli. Jadi dia punya mindset tu, apa-apa anak. Tak ada shooting, jom kita naik flight pergi holiday. Apa-apa anak. So Kak KM sedikit sebanyak memang ikut cara mak.

Kak KM turut berkongsi bahawa dari awal berniaga, dia berniat menggunakan wang hasil jualan untuk membahagiakan anak-anak, termasuk bercuti bersama dan menyediakan masa depan yang selesa untuk mereka.

Lebih mengagumkan, Kak KM turut mendedahkan bahawa beliau telah berjaya menunaikan impiannya untuk menghadiahkan sebuah rumah kepada setiap anaknya.

#OhmediaNasihat

Kisah Kak KM ini mengingatkan kita tentang pengorbanan seorang ibu dalam membahagiakan anak-anak. Sebenarnya, bukan wang ringgit yang menjadi keutamaan tetapi sifat menghargai di antara satu sama lain.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Media Hiburan