Kak KM mahu anak bekerja, terima wang belanja, tak banyak cuma nak beri keberkatan

LocalEntertainment
21 Nov 2024 • 3:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan dan personaliti media sosial, Liana Rosli mesra disapa Kak KM mahu anak bekerja dan memberi wang belanja kepadanya dan suami.

Perkara itu dikongsikan oleh Liana Rosli menerusi sebuah hantaran di platform Tiktok dan menerima reaksi positif dalam kalangan warganet.

Kak KM mahu anak bekerja

Menerusi sedutan video tersebut, usahawan jamu sensasi berusia 43 memberitahu dia tidak akan membenarkan anak-anaknya untuk berkahwin pada usia terlalu muda.

Sebaliknya, anak kepada pelakon veteran, Normah Damamhuri ini mahu mereka bekerja dan memiliki pendapatan sendiri terlebih dahulu sebelum hidup berkeluarga.

“Tak boleh lagi nak kahwin. Dia kena hadap dulu kehidupan,”katanya.

image is not available

Tambahnya, meskipun dia memiliki wang sendiri tetapi dia masih mahu menerima wang belanja daripada anak-anak agar mereka mendapat keberkatan.

“Aku pun nak rasa juga duit dia, aku suruh dia kerja. Sebab kita nak cari keberkatan tu.
“Bagi mak bapa RM100 pun dah cukup. Bukannya aku nak duit yang banyak, nak kaya tu tidak. Aku bukan nak buat apa pun sebab aku pun ada duit,”ujarnya.

image is not available

Tetap bagi ibu duit walaupun tahu..

Dedah Kak KM, sehingga kini dia masih memberi wang kepada ibunya, Normah Damanhuri meskipun sedia maklum figura itu mampu dari segi kewangan.

Ini kerana rezeki Normah Damanhuri sebagai seorang anak seni masih mengalir dan tidak henti menjalani penggambaran.

“Macam mak aku kan, dia kaya je sampai sekarang tak berhenti penggambaran tapi aku bagi je dia duit belanja.
“Sebab apa? sebab kita nak kan keberkatan. Ikutkan dia mampu je nak beli kereta, rumah,”katanya lagi.

image is not available

Sekadar info,Liana Rosli mendirikan rumah tangga dengan Razman Ramli dan dikurniakan empat cahaya mata sepanjang 22 tahun usia perkahwinan mereka.