“Dia Dulu Budak Swatari..” – Tular Video Nur Sajat Berbaju Melayu Dalam ‘MV’, Netizen Puji ‘Handsome’

Entertainment
13 Sep 2022 • 11:38 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, viral di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Farah Josni yang memaparkan klip video lagu karaoke bertajuk Keksaih Pujaan dari penyanyi Datuk Sharifah Aini.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat dua orang penari lelaki dan perempuan yang membintangi klip video tersebut.

Namun, apa yang menarik perhatian orang ramai adalah si penari lelaki yang dikatakan merupakan usahawan sensasi, Nur Sajat suatu ketika dahulu.

Makcik tengah nyanyi lagu ni.. tiba-tiba macam kenal. Abang Jat ke tu?

@farrrjooo

Hmmm time ni Kanda ke Dinda? Nak panggil Abang ke kakak? ??? #sajat #abgjatt #fyp #sajatlawak #sajatvideo

? ???????????? – POCIKI | NINJA – POCIKI | NINJA

Difahamkan, ketika itu Sajat masih lagi mengenakan persalinan baju Melayu dan lengkap bersongkok bagi membintangi klip video karaoke berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya bersetuju bahawa lelaki di dalam klip itu adalah Sajat dan memuji penampilan sebenarnya kelihatan kacak berbaju Melayu.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 jam lalu

"Pelakon Lain Please!" - Netizen Muak Tengok Hairul Azreen Asyik Berlakon Cerita Askar