“Tiba-tiba macam kenal” – Netizen Syak Model Lelaki Dalam Video Karaoke Adalah Bang Jat

Entertainment
13 Sep 2022 • 1:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nur Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dilihat baru-baru ini seringkali menjadi perhatian netizen di TikTok mengenai telatah dan sikap lucunya.

Umumnya mengetahui bahawa Sajat ini pernah terpalit dengan kontroversi mengenai isu jantinanya, namun begitu kes ini dianggap telah ‘reda’ apabila dia akhirnya akhirnya mengaku dirinya adalah transgender dalam program What’s Going On Malaysia yang dikendalikan pelawak terkenal tanah air, Harith Iskander pada Oktober tahun lalu, lapor Sinar Harian.

Bagaimanapun, satu video yang melibatkan usahawan kosmetik ini tular di TikTok sejak semalam kerana ada kelibat individu berpakaian lelaki yang mirip seperti Sajat .

 

“Macam kenal..”

Dalam video yang dikongsikan oleh Farah Josni, dia menceritakan bahawa ahli keluarganya sedang meluangkan masa berkaraoke bersama, pada waktu video dirakam, Farah menjelaskan bahawa mak ciknya sedang menyanyikan lagu Kekasih Pujaan, nyanyai Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini.

Dalam video tersebut kelihat seorang lelaki dan wanita sedang menari dan ia membuatkan mata Farah secara tiba-tiba tertumpu perhatian kepada model lelaki dalam video klip tersebut

Dalam masa 23 jam, video tersebut telah sebanyak 1.1 juta jumlah tontonan dan rata-rata netizen terkesima apabila melihatnya. Dalam pada itu, ada yang mendedahkan bahawa Sajat ini dahulunya merupakan seorang penari kebudayaan di bawah naungan Allahyarham Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah.

Dalam pada itu seandainya ianya adalah Sajat, ramai netizen yang memuji ketampanannya itu. Malah ada juga yang tag Sajat untuk memberikan penjelasan dan pengesahan samada individu tersebut adalah dirinya ataupun tidak.

 

Handsome orangnya – Netizen

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Wow, patutlah Sajat pandai menari.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.