“Dia dulu hos motif viral” – Hazeman Huzir Respon Sindiran TikToker ‘Stop Make Stupid People Famous’

Entertainment
24 Feb 2023 • 12:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pengguna TikTok ada membuat hantaran satu kandungan berbaur sindiran terhadap seorang pempengaruh terkenal. Dia menunjukkan kata-kata yang dikatakan keluar daripada mulut pempengaruh itu dimana untuk tidak menjadikan ‘orang bod*h*’ terkenal.

Kemudian, individu tersebut dilihat seperti menyindir integriti pempengaruh tersebut dengan mengungkit kisah lamanya yang pernah menjadi hos dalam program ‘Motif Viral’ .

 

“Apakah perbezaan anda dengan Firaun” – Hazeman Huzir

Video tersebut telah meraih 90.8 K jumlah perkongsian dalam masa 2 hari, ruangan komen dibanjiri dengan kecaman dan ramai juga yang tag tuan empunya badan yang memberikan kenyataan itu iaitu Hazeman Huzir.

image is not available image is not available

Jadi, terpanggil dengan sindiran tersebut, Hazeman memberikan respon menerusi satu video ketika ditemubual menerusi satu podcast berkenaan dengan topik masa lampau seseorang. Haze memberikan contoh situasi yang terjadi pada zaman Nabi Musa.

image is not available

“Orang akan terus ungkit masa silam kita tau, macam eleh kau tu dulu kan… Ini sedikit info untuk anda, jika anda betul-betul faham sirah atau sejarah agama sendiri (Islam), awak akan tahu, Nabi Musa, sebelum dia menjadi Rasul, dia pernah terbunuh seseorang yang berbangsa Qibti.

“Dia keluar dan melarikan diri daripada kerajaan Firaun tu, kemudian baru diangkat menjadi Rasul, kemudian dia kembali kepada Firaun untuk mendakwahkan Firaun tersebut, jadi ini adalah konsepnya, kalau Firaun dulu pernah cakap eleh kau dulu tu pernah bunuh seorang Qibti, apakah perbezaan anda dengan Firaun.”

Kenyataaan itu disokong oleh ramai netizen dan ramai yang puji dengan penghijrahan yang dilakukan oleh Haze, malah ramai yang tag pemuda tersebut.

Apapun, sama-sama lah kita muhasabah diri sebab tak semua manusia di dunia ini dilahirkan sempurna.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article