“Dia elok je…” – Azlee nafi dakwaan Saiful Apek ditahan polis, isteri sahkan keadaan suami

LocalEntertainment
29 Apr 2025 • 11:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Anggota kumpulan Senario, Azlee nafi dakwaan sahabatnya, Saiful Apek ditahan oleh pihak berkuasa.

“Tiada (tidak ditahan)… Itu tidak betul.
“Tiadalah… Elok sahaja. Tidaklah dia kena tahan kerana setahu saya dia elok sahaja tiada apa. Tidak betul rasanya dakwaan itu,” ujar Azlee.

image is not available

Azlee nafi dakwaan Saiful Apek ditahan polis

Menurut Azlee atau Azlee Jaafar, 57, dia tidak tahu mengenai keberadaan Saiful kerana mereka tiada sebarang aktiviti bersama pada hari kejadian.

“Kami tiada show bersama hari ini. Mungkin dia ada promosi filem terbaharunya, 6 Jilake. Saya pun belum hubungi dia lagi hari ini,” katanya.

image is not available

Sementara itu, isteri Saiful, Roslina Abu Hasaan, turut mengesahkan bahawa suaminya berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

“Apa yang boleh saya jawab, Apek baik-baik sahaja ini. Saya pun tak berani nak berikan sebarang kenyataan sekarang ini.
“Apa-apa kita tunggu esok ya. Mungkin esok dia akan berikan kenyataan,” katanya, malam tadi.

image is not available

Terdahulu, tular apabila sebuah portal melaporkan mengenai individu yang menyerupai Saiful Apek, memakai baju merah jambu dan ditahan oleh dua anggota beruniform. Bagaimanapun, lokasi dan punca kejadian masih belum jelas.

Sumber: BH Online(Fatin Farhana Ariffin) , Utusan Online (Siti Athirah Dzulkifly)