Azlee Senario Akhirnya Tampil Bersuara Mengenai Dakwaan Saiful Apek Ditahan Polis

LocalEntertainment
30 Apr 2025 • 3:40 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Saiful Apek Azlee

Sejak semalam kecoh di media sosial mengenai khabar angin kononnya pelawak terkenal Saiful Apek telah ditahan pihak berkuasa. 

Menurut laporan Harian Metro, dakwaan itu segera dinafikan oleh rakan seangkatan dalam kumpulan Senario, Azlee.

Tiada (tidak ditahan). Itu tidak betul.

Tiada ‘job’ hari ini, belum hubungi Saiful Apek

image is not available

Azlee turut menjelaskan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang persembahan atau rakaman bersama pada hari kejadian.

Kami tiada show bersama hari ini. Mungkin dia ada promosi filem terbaharunya, 6 Jilake. Saya pun belum hubungi dia lagi hari ini.

Sebelum ini Yassin yang ditahan

image is not available

Industri hiburan sebelum ini digemparkan dengan berita salah seorang anggota Senario, dipercayai Yassin Yahya, ditahan di Lapangan Terbang Jeddah selepas disyaki membawa bahan terlarang ketika mengerjakan umrah.

Difahamkan, Yassin kini sedang menjalani hukuman selama enam bulan di pusat pemulihan di Arab Saudi selepas mahkamah menjatuhkan hukuman pada November tahun lepas.

Dalam zaman media sosial serba pantas ni, elakkan sebarkan khabar angin tanpa sahih. Dapatkan kepastian dulu supaya tak timbul fitnah.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.