“Dia gigit saya, saya gigitlah balik” – Budak 2 Tahun Balas Dendam Pada Ular Lepas Diserang

Entertainment
14 Aug 2022 • 11:15 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Geram dirinya menjadi mangsa serangan, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun mengigit seekor ular sehingga mati selepas reptilia itu mengigit bahagian bawah bibirnya.

image is not available

Daily Star melaporkan, kanak-kanak terbabit yang hanya dikenali sebagai S.E dikejarkan ke Bingol Maternity and Children’s Hospital, Turki, selepas dia digigit seekor ular sepanjang setengah meter.

Difahamkan, ketika kejadian, S.E tidak menyedari reptilia itu berbahaya lalu bermain dengannya sebelum digigit. Jeritan kanak-kanak terbabit didengari jiran yang segera ke lokasi kejadian dan menemukan S.E yang cedera di bahagian bawah bibir. Ketika ditemui, ular terbabit berada dalam mulut S.E dan difahamkan sudah mati digigit kanak-kanak itu.

image is not available

Menurut bapa mangsa, Mehmet Ercan, anaknya itu kini stabil tetapi masih dipantau di hospital.

“Allah melindungi anak saya. Saya di tempat kerja ketika kejadian dan dimaklumkan jiran yang anak saya digigit ular. Bagaimanapun, reptilia terbabit dah mati digigit anak saya, mungkin sebab geram dirinya diserang,” kata Mehmet.

Sumber: Daily Star

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.